Jalan-jalan cari makan di Kulaijaya, Johor
Jika anda berada di Kulaijaya, Johor dan terasa lapar!
Kami mencadangkan anda, dua tempat makan yang boleh anda cuba.
Pertama, Restoran nasi lemak ayam goreng Wak Kentut. Bagi kami, ayam gorengnya agak special terutama dimakan semasa panas-panas.
Restoran ini beroperasi dari jam 5.00 petang hingga 12.00 mlm. Nasihat kami, jangan pergi terlalu lewat, di khuatiri sudah habis.
Lokasi restoran agak strategi, ianya berada di jalan utama di daerah Kulaijaya. Alamat restoran adalah seperti di bawah :
Jalan Susur Kulai 2
Taman Kulai Besar
81000 Kulai, Johor
Restoran ini pernah mendapat liputan dari Astro Awani. Liputan pernah klik link di bawah :
Nasi Lemak Wak Kentut di Astro Awani
Restoran yang kedua adalah Nasi Ayam Angah. Menu kegemaran kami adalah nasi goreng ayamnya, selain daripada nasi gorengnya yang sedap walaupun agak simple tetapi kuah sambal ayam gorengnya menepati cita rasa kami. Jika anda berada di Kulaijaya, tidak rugi rasanya cuba berkunjung ke restoran ini. Alamat restoran adalah seperti di bawah :
1207-1215, Jalan Kasturi 36/41, 81000 Kulai, Johor, Malaysia.
Landmark yang mudah adalah ianya terletak di blok bangunan di belakang Restoran Mac Donald dan juga belakang Pejabat Perodua Sales.
Anda boleh klik pada link di bawah untuk peta lokasi.
Waktu operasi bermula dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang. Berdasarkan pengalaman kami, jarang dapat makan jika pergi selepas jam 4.00 petang!
- Posted by
nikmzakmal
- Posted in restoran
Aug, 15, 2015
No Comments.
Recent Posts
Recent Comments
Archives
Kalendar
M | T | W | T | F | S | S |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 |